Kaedah Mencedung Mempertingkatkan Hasil Padi |
Bagi mendapatkan hasil padi yang lebih tinggi dan berkualiti, kaedah mencedung secara manual atau jentera menanam adalah satu pilihan yang tepat. Ini adalah disebabkan pokok padi dapat memperolehi ruang yang secukupnya untuk menyerap nutrien dan kanopi daun pokok dapat membantu daun menjalankan proses fotosintesis dengan lebih berkesan. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan infestasi rumput sambau dan padi angin. Di samping itu ia dapat mengurangkan kos meracun rumpai, mengurangkan kejadian rebah pada pokok padi serta memudahkan kerja-kerja pengurusan sawah dan pertumbuhan pokok padi seragam. Rekod menunjukkan hasil padi bersih tertinggi pernah diperolehi di Sekinchan iaitu sebanyak 10 mt/ha. Selain dari Sekinchan, Kawasan Kerian juga telah memperolehi hasil padi bersih di antara 8 hingga 10 tan sehektar dengan kaedah mencedung menggunakan jentera. Daripada pengamatan yang telah dijalankan, kebanyakan petani yang memperolehi hasil tinggi ini menggunakan kaedah mencedung.
|